Friday, 20 December 2019

GAJET VS MATA : SIAPA YANG LEBIH PINTAR? 

Pintarkah mata anda?

Telefon pintar sememangnya pintar.

Namun mata kita jauh lebih pintar dalam memberi signal dan tanda bahawa yang dia sebenarnya sedang 'sakit'.

Cuma kita sahaja yang tidak mahu percaya..

Kita rasa badan kita masih bertenaga, walhal otak kita sudah memberi satu tanda amaran yang sistem penglihatan sedang alami tanda perubahan.

Tanda tersebut disampaikan melalui mata.

Tulisan yang kita lihat pada skrin gajet mulai tampak kabur..

Kadangkala bebayang seperti ada tulisan lain disebalik tulisan..

Tulisan nampak seakan bertindih..

Mata pula sudah mula rasa berat dan kurang selesa..

Kepala kerap rasa saki dan pening.. 

Akhir sekali telefon pintar yang dipersalahkan walhal semuanya bermula dari kita yang tidak mahu merawat masalah yang dihadapi.

Jalani UJIAN VISUAL STRESS yang khusus untuk tahu status penglihatan anda yang sebenar.

Baru kita tahu apa rawatan yang terbaik.


Syafiq Raif 
Optomertris & Vision Coach 
Astana Optometri, Paka Terengganu 
RABUN : APAKAH PUNCANYA? 

Benarkah rabun ni berpunca dari keturunan?

Atau sebenarnya berpunca dari tabiat anak kita yang suka bermain gajet dan telefon?

Ada juga orang cakap punca rabun sebab si anak banyak membaca.
Mana satu yang betul?

Baik. Di sini saya akan jawab persoalan yang agak 'glemer' ini?

Banyak faktor punca kepada rabun. Ada 3 pendapat yang popular yang boleh saya kongsikan:

1) Kurangnya aktiviti luar

Trend zaman sekarang. Dari sekecil anak hingga sebesar orang dewasa, semua mahu menghadap smartphone.

Bagi kanak-kanak pula, video games dan komputer menjadi teman rapat setiap hari.

Jadi aktiviti ini banyak memaksa otot mata bekerja dengan banyak. Sekaligus bolehh wujudnya isu mata rabun.

2) Faktor Keturunan (Genetik

Jika ibu dan ayah pakai cermin mata sebab rabun, kemungkinan besar anak juga boleh ikut serta.
Dalam kajian yang dijalankan, ada faktor rabun disebabkan oleh keturunan. Tapi ianya adalah subjektif.

3) Banyak buat kerja pada jarak dekat

Contoh yang biasa adalah aktiviti membaca. Anak-anak yang gemar membaca (ulat buku) boleh jadi puncapada isu rabun.

Jadi, takkan saya perlu larang anak saya membaca? Janganlah sampai begitu. 

Melalui UJIAN VISUAL STRESS, ada caranya untuk kita cuba kawal isu rabun jauh akibat dari aktiviti membaca ini.

Jadi untuk setiap perkara dan punca rabun anak kita, kita perlu fokus pada solusinya. Optometris akan cuba meneliti punca utama isu rabun yang ada pada seseorang itu

Ingat..
80% pembelajaran dan pengalaman setiap hari anak kita bermula dari penglihatan.

Jadi pastikan penglihatan anak kita sentiasa baik dan sejahtera.


SYAFIQ RAIF 
Optometris & Vision Coach 
Astana Optometri, Paka Terengganu